Doa Yang Kita Lupakan…

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN – semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,  Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita…..Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Tetapi hati antara tidak dan mahu… maka pantaslah Allah perlakukan kita begitu.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Pengantin Baru…

pelamin

“Salam. Selamat bergelar isteri. Semoga teguh azam menjadi isteri solehah kerana di situ ada pintu ke Syurga.”

Ini adalah ucapan Selamat Pengantin Baru yang aku terima kira2 tiga tahun yang lalu. Masih tersimpan di inbox message ku hingga ke hari ini. Dalam ramai2 teman yang mengirimkan ucapan selamat, mesej ini begitu lain daripada yang lain. Ada maksud tersirat di sebaliknya yang begitu bermakna.

Hari ini, aku ingin menujukan ucapan yang sama untuk si pengirimnya. Selamat Pengantin Baru kakak.. dan selamat bergelar isteri. Ada pesanan penting untuk bakal kedua mempelai.

Buat kakak, ingat ni selalu…

“Wanita yang TAAT pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.”

potong kek perkahwinan

Dulu kita selalu bincang tentang benda ini kan kakak.. TAAT. Begitu Allah menjanjikan Syurga bukan untuk sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Ya.. memang susah untuk taat. Tetapi sekurang-kurangnya berazam untuk menjadi taat, itu satu permulaan yang baik.

Pesanan buat Ustaz J pula; Terima kasih kerana memenuhi impian kakakku. Jadilah suami yang terpuji supaya rasa hormat isterimu tidak akan pudar ditelan masa kerana rasa hormat seorang isteri kepada suaminya itulah kunci ketaatannya. Bila hilang rasa hormatnya, maka akan hilanglah ketaatannya.

Sabda Nabi s.a.w; “Nasihatilah wanita dengan nasihat yang baik. Sebab wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok dan tulang rusuk paling bengkok itu adalah bahagian atas. Jika engkau meluruskannya dengan kekerasan, tentu ia akan patah. Jika engkau membiarkannya bengkok, tentu ia akan terus bengkok.”

Mesej di bawah ini pula adalah kiriman seorang adik yang kuterima beberapa hari selapas aku bergelar isteri. Juga masih tersimpan di inbox message ku…

“Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu… aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu…Awak dah kahwin erk.. tapi awak janji sayang kite sampai bila2 erk…”

Lalu, aku ingin menggunakan mesej yang sama untuk ditujukan kepada kakak tetapi dalam bentuk video klip di bawah.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Hidayah Allah…

Pagi ini aku malas-malas nak panjat tangga ke office ku di tingkat 3, Blok Pensyarah sebab kelas ku jam 10 pagi nanti di Tingkat 3 juga, di Blok yang lain.

Selepas punch in, aku bersarapan di cafe. Tiba-tiba aku diingatkan oleh seorang rakan pensyarah yang Program Wacana Intelektual akan bermula sebentar lagi di Auditorium 1. Penceramah jemputan adalah Ustaz Ayub Abdul Rahman B. Abdullah, bekas Paderi Kristian yang kini menjadi pendakwah bebas. Emm… menarik..

Lalu tetiba aku seperti diseru-seru ke sana… memanjat tangga yang lebih curam.

Hajat di hati, nak dengar sekejap sahaja sekadar mengisi masa terluang sebelum kelas bermula jam 10 pagi. Tapi sebenarnya hati ini sudah mencongak-congak untuk membatalkan sahaja kelas pagi ini kalau penceramahnya berjaya menarik perhatianku. Dan seperti jangkaan awalku, pasti bukan calang-calang penceramah yang akan dijemput untuk mengupas “Isu Kalimah Allah”.

Jam 9.50 pagi, hatiku langsung tidak mahu meninggalkan Auditorium ini. Lalu.. mesej ringkasku merentasi handphone Class rep. “Kelas ECO162 pagi ni cancel.”

Sungguh sunyi Auditorium ini walaupun sebenarnya hampir tidak kelihatan kerusi yang masih kosong. Kukira, semua audience sedang khusyuk mendengar ceramah beliau yang lebih bersifat perkongsian pengalaman sebagai Bekas Paderi Roman Katholik dan juga pengalamannya mengIslamkan ramai orang. Sungguh tersentuh jiwa bila seorang yang dilahirkan bukan sebagai Islam, dikurniakan hidayah Allah sehingga dia memeluk Islam dan sehingga kini berjuang untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh manusia selagi daya. Sesuatu yang jarang-jarang difikirkan oleh kebanyakan dari kita yang telah Islam sejak lahir . Aku sendiri tidak pernah terfikir untuk mengembara ke mana sahaja untuk menyampaikan dakwah Islam.

Di akhir program tersebut, beliau menayangkan video Benjamin Stephen, seorang anak muda Melayu yang dilahirkan sebagai Islam dan telah murtad. Berjurai-jurai airmataku tatkala dia mengalunkan bacaan Al-Fatihah sebagai asas hujahnya yang mengatakan banyak penipuan dalam ajaran Islam. Sungguh tertipulah dia oleh godaan Syaitan dek kerana tidak berguru semasa mempelajari Al-Quran.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Subhanallah…


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Remaja dan Rokok…

PengharamanRokok1

PengharamanRokok2

Artikel berkenaan Fatwa Pengharaman Merokok ini aku perolehi dari officemate aku. Perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja mendapat artikel ini dari abangnya adalah membuat salinan dan kemudian menampalnya di luar pintu bilik kami.

Motifnya adalah untuk memaklumkan kepada seberapa ramai orang yang boleh. Lalu aku juga terpanggil untuk berbuat demikian. Perkara berkenaan dengan hukum halal-haram ni perlu disampaikan kepada yang belum mengetahui. Yang termampu aku lakukan adalah menyampaikan kepada pelajar2ku.

Ternyata memang ramai pelajar-pelajarku (yang merokok terutamanya) masih menganggap hukum merokok adalah makruh. Aku juga baru tahu mengenai pengharaman merokok ini semenjak beberapa tahun yang lalu. Tapi rupa-rupanya Fatwa Pengharam Merokok ini telah diluluskan pada 23 Mac 1995. Jadi, mengapa perkara ini tidak dihebahkan seluas-luasnya?

Menurut penulis artikel ini;

“Sebenarnya tembakau yang menjadi bahan rokok tidaklah sama dengan bawang putih, jering dan petai. Melalui kajian perubatan, rokok didapati mengandungi lebih daripada 4,000 jenis bahan kimia, termasuk racun dan bahan penyebab kanser, yang akan menyebabkan perokok mengalami pelbagai penyakit yang boleh membawa maut”.

Di sini, aku ingin berkongsi tips untuk berhenti merokok. Tips yang tidak ada kena mengena dengan makan chewing gum, gula-gula dan sebagainya. Tips yang benar-benar telah membuktikan keberkesanannya pada seorang teman.

Suatu hari, si Pemuda A telah diugut oleh si gadis B untuk meninggalkannya sekiranya tidak berhenti merokok. Lalu, Pemuda A ini (yang benar-benar menyayangi si gadis B dan sangat takut kehilangannya), telah berhenti merokok dalam tempoh kurang daripada 2 minggu.

Apabila ditanya… Apa petua yang dia amalkan sehingga dapat “memutuskan hubungan” dengan rokok dalam tempoh yang singkat?

Jawapannya mudah.. “Setiap kali saya ingin menyentuh rokok, saya terbayangkan arak”.

Bijak kan..? Rokok, arak mahupun babi, semuanya dikelaskan sebagai makanan yang haram. Malah arak dan babi lebih baik sedikit berbanding rokok kerana penggemar arak dan babi, hanya memudaratkan dirinya sendiri dan tidak pula memudaratkan orang lain yang tidak menggunakannya.

Jadi, kepada sesiapa di luar sana yang masih merokok, fikir-fikirkan.

PengharamanRokok6

Memandangkan tulisan yang terpampang di gambar ini tidak dapat dibaca dengan jelas, biar saya taip semula supaya dapat dibaca oleh semua pembaca.

Apa yang disembunyikan oleh industri tembakau dalam rokok?

1. METOPRENA
Bahan kimia yang digunakan untuk menghapuskan kutu pada binatang peliharaan anda.

2. BENZOPIRENA
Terdapat dalam asap rokok. Ia merupakan satu kimia penyebab kanser yang paling berbahaya di dunia.

3. ARSENIK
Racun membunuh ini menjadikan bibir anda melecur dan penafasan anda berbau busuk.

4. ASETON
Ia merupakan satu ramuan aktif dalam penanggal pengilat kuku.

5. PLUMBUM
Keracunan plumbum merencatkan pertumbuhan anda, menjadikan anda muntah dan merosakkan otak anda.

6. FORMALDEHID
Ia digunakan untuk mengawet mayat. Ia menyebabkan kanser dan merosakkan paru-paru, kulit dan sistem penghadaman anda.

7. TURPENTIN
Ia amat beracun. Ia biasanya digunakan sebagai penanggal cat.

8. PROPILENA GLIKOL
Ia membantu penghantaran nikotina (dadah ketagihan tembakau) ke otak.

9. BUTANA
Ia mudah terbakar dan merupakan salah satu komponen utama petrol.

10.KADMIUM
Ia menyebabkan kerosakan pada hati, buah pinggang dan otak.

11. AMMONIA
Ia membantu menyerap nikotina.

12. BENZENA
Kimia penyebab kanser ini digunakan untuk membuat apa saja daripada racun makhluk perosak kepada detergen hinggalah petrol.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Positif…

Beberapa hari yang lalu, aku menerima pesanan sms dari seorang pelajar lelaki. Dia memohon maaf kerana tidak menghadiri kuliah selama 5 minggu kerana dibelenggu masalah keluarga yang mengganggu fokusnya untuk menerima pelajaran. Seingat aku, dia baru sekali menghadiri kuliahku dan ini bermakna dia sudah tertinggal tiga chapter.

Kalau ikutkan peraturan, namanya sudah layak untuk dihantar ke disciplinary board untuk dikenakan tindakan tatatertib. Aku jadi serba salah untuk mengambil tindakan. Lalu aku meminta dia berjumpa denganku pagi ini untuk “sesi kauseling”.

Kasihan. Anak-anak selalu menjadi mangsa keadaan.

Ada pelajar yang berminat sangat untuk belajar tetapi diganggu dengan masalah keluarga. Tapi ada pula pelajar yang tidak mempunyai masalah keluarga (malah hidup selang-lenang dalam keluarga yang kaya-raya), tidak ada hati pula untuk belajar.

Apapun, nasihatku untuk semua pelajar-pelajarku yang berhadapan dengan masalah keluarga… “Just think about your future”. Jangan korbankan masa depan diri sendiri untuk siapa saja. Keluarga ker.. kawan baik ker… kekasih ker.. jangan sekali-kali.

Sebagai anak remaja yang seringkali dianggap terlalu mentah oleh kebanyakan ibubapa, tidak banyak sebenarnya yang anda boleh lakukan untuk menangani masalah keluarga. Walau bagaimanapun, ingatlah selalu… bukan anda seorang saja dalam dunia yang diuji sebegini. Masih ramai yang menggagahkan diri untuk menghadapinya. Kenapa pula anda harus mengalah?


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Seperti biasa, rutin harianku setiap pagi (kalau berkesempatan) adalah mendengar ceramah agama di saluran Astro Oasis sambil2 mengemas rumah mana yang patut. Terima kasih kepada penerbit rancangan ini, mudah2an anda juga turut mendapat pahala setiap kali penonton menonton rancangan berbentuk ilmu agama ini.

Pagi ini, ada sesuatu yang menyentuh kalbuku… Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya ini bukan pertama kali aku mendengarnya, tapi perasaan kali ini sangat berbeza dari yang sebelum2nya. Semoga aku dapat berkongsi perasaan tersebut dengan pembaca2 setia blog ini.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhintungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Men Are Hard To Please…

Poem di bawah ni dah lama aku simpan di folder “favourite wording” aku. Tetiba aku teringin nak publishkan di ruangan in untuk tatapan semua.

Pengunjung blog ini (yang wanita khususnya) pastinya akan tersenyum bila membacanya. Itulah niat aku… “Hanya ingin membuat anda tersenyum seminit dua”. Bukan aku tujukan poem ini untuk sesiapa… Tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang TELAH HIDUP atau yang MASIH MENINGGAL DUNIA (lawak ustazku dulu)..

Tapi di sini, aku perlu declare awal-awal yang poem ini bukan karya asli aku. Entah dari mana aku copy and paste, aku pun tak ingat. Teringin sekali nak bagi “kredit” pada si pengarangnya. Poem ini benar-benar membuatkan aku tersenyum dan mengangguk-angguk kepala setiap kali membacanya. So, kepada semua… selamat membaca.

- MEN ARE HARD TO PLEASE -

The problems with GUYS:
If you TREAT him nicely, he says you are IN LOVE with him;
If you DON’T, he says you are PROUD.
If you DRESS NICELY, he says you are trying to LURE him;
If you DON’T, he says you are from KAMPUNG.
If you ARGUE with him, he says you are STUBBORN;
If you keep QUIET, he says you have no BRAINS.
If you are SMARTER than him, he’ll lose FACE;
If he’s SMARTER than you, he is GREAT.
If you DON’T LOVE him, he tries to POSSESS you;
If you LOVE him, he will try to LEAVE you (very true huh?)
If you don’t MAKE LOVE with him, he says you DON’T LOVE him;
If you DO!!! He says you are CHEAP.
If you tell him your PROBLEM, he says you are TROUBLESOME;
If you DON’T, he says that you DON’T TRUST him.
If you SCOLD him, you are like a NANNY to him;
If he SCOLDS you, it is because he CARES for you.
If you BREAK your promise, you cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.
If you SMOKE, you are a BAD GIRL;
If he SMOKES, he is GENTLEMENT.
If you do WELL in your exam, he says its LUCK;
If he does WELL, it’s BRAINS.
If you HURT him, you are CRUEL;
If he HURTS you, you are TOO SENSITIVE!!
& Sooooo HARD TO PLEASE!!!!


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Merdeka…!!! Merdeka…!!!

Nah!! Ini dia surat pelepasan PTPTN aku. Surat yang baru kuterima pagi semalam membuktikan yang aku sudah tidak berhutang lagi dengan PTPTN. Alhamdulillah… Akhirnya…. Lega. Lega.

Surat Pelepasan PTPTN

Penyata PTPTN

Pada November 2000 aku telah membuat pinjaman PTPTN sebanyak RM19,500 untuk tujuan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga Disember 2003. Kemudian aku menghantar surat memohon pelepasan daripada membayar hutang PTPTN kerana menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan permohonanku diterima. Kusangkakan hutang RM19,500 itu tidak berubah setelah aku mendapat pelepasan dari PTPTN. Tapi sebenarnya aku tetap tidak terlepas dari dikenakan kos pentadbiran RM48.75 sebulan.

Setelah aku menjawat jawatan pensyarah, aku berazam untuk membayar hutang PTPTN aku. Maka, buat pertama kalinya aku melihat baki hutang PTPTN ku secara online pada tahun 2008 dan aku mendapati jumlah hutangku pada bulan April 2008 telah meningkat kepada RM21,829.50. Rupa-rupanya tujuan membuat permohonan pelepasan PTPTN dulu adalah untuk mengelak daripada disenarai hitamkan (blacklist) sahaja dan bukan untuk tujuan pelepasan dari dikenakan kos pentadbiran.

Anyway, terima kasih kepada pihak PTPTN kerana telah memberikan pinjaman pelajaran kepada saya. Terima kasih juga kepada kakitangan PTPTN iaitu En. Nasarudin dan Cik Zubaidah kerana membantu mempercepatkan proses mengeluarkan surat pelepasan PTPTN ini kepada saya walaupun terlebih dari tempoh 21 hari waktu bekerja seperti yang telah dijanjikan. Sekalung pujian juga ingin saya berikan kepada PTPTN kerana memiliki kakitangan yang amat tinggi budi bahasanya. Walaupun hanya berhubung melalui telefon, tetapi saya dapat merasakan yang mereka sentiasa mengukir senyuman.

Korang dah habis bayar PTPTN lom? Hutang bawa sampai ke mati… jangan sampai tergantung amalan sebab hutang PTPTN pulak. Hehe… Tapi hutang PTPTN ni betul-betul menginsafkan aku. Betapa hidup di zaman milenium ini memerlukan simpanan untuk masa depan anak-anak kite…

Teringat aku pada segmen Bijak Wang yang disiarkan di TV3 beberapa bulan yang lalu membincangkan topik Wang Persaraan Anda. Kata pakar tersebut duit yang kita belanjakan hari ini untuk membeli makanan, yang nilainya RM15.00 sehari, dua puluh tahun dari sekarang nilainya adalah RM45.00 (kalau tak silap aku) sehari.

Emm… Zaman aku kecil-kecil dulu, ibuku membekalkan RM2.00 sehari untuk duit belanja pada waktu rehat. Agak-agak kan, berapa ringgit duit saku yang kita perlu bekalkan setiap hari untuk anak-anak berbelanja di sekolah, dua puluh tahun dari sekarang. Berapa pula kos untuk menampung pengajian mereka di universiti?

Renung-renungkan…


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kecelaruan Fakta Sains…

Matahari dari jarak 5000 km
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 Nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

“Bumi mengelilingi matahari.” Semenjak zaman berzaman itulah fakta sains yang diajar di sekolah-sekolah dan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa bantahan.

Aku juga pernah menerimanya sebagai fakta sains yang tidak boleh diubah. Sehingga suatu hari, sewaktu aku di Tingkatan Lima, seorang ustaz di sekolahku mempertikaikannya berdasarkan dalil Al-Quran. Aku ingat lagi dia membacakan Surah Yassin ayat 37 dan 38. Ustaz tersebut juga mempersoalkan “Benarkah Bumi ini bulat?”. Tetapi pertikaiannya itu tidak pula disertakan dengan dalil Al-Quran.

Semenjak itu, persoalan tentang siapa yang mengelilingi siapa seringkali juga mengganggu fikiranku. Lalu, untuk kepastian, aku cari beberapa buah tafsir Al-Quran supaya aku dapat tuliskan di ruangan ini untuk kita fikirkan bersama. Terjemahan di bawah ini dipetik dari empat buah tafsir Al-quran milikku dari pelbagai versi dari versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Indonesia, tulisan rumi hingga tulisan jawi.

————————————————————————————————————————————————–

…“Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap-gelita, dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia berjalan di tempat peredarannya, demikianlah ketetapan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin; ayat 37-38).

…“Dan tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang; dan masing-masing beredar pada garis edarannya. (Surah Yassin; ayat 40)

 …”Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Surah Al-Anbiyaa’; ayat 33)

————————————————————————————————————————————————–

Sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, pastinya aku dengan yakin mengatakan bahawa isi kandungan Al-Quran itu benar. Tiada yang salah, melainkan yang benar-benar belaka. Justeru, bagaimana pula dengan fakta sains yang mengatakan Bumi mengelilingi matahari?

Mengapa Al-Quran mengatakan sedemikian? Ataukah aku yang sebenarnya tidak memahami maksud tafsir Al-Quran ini? Atau mungkinkah aku yang tersilap merujuk tafsir Al-Quran, lalu ustazku itu (yang lulusan Al-Azhar) juga tersilap mentafsir ayat tersebut?

Wahai pembaca-pembaca budiman (yang sudi menjengah blog ini), andai ada sesiapa (ahli kaji falak ker… pengkaji bulan bintang ker… ustaz ker…) yang boleh menjelaskan kepadaku, tolonglah berbuat demikian. Lampirkanlah bersama dalil-dalil atau bukti-bukti yang ada untuk menerangkan maksud ayat di atas.

Mudah-mudahan anda dapat membantu saya meleraikan persoalan yang sekian lama bersarang di mindaku ini dan boleh juga kita berkongsi ilmu itu bersama pembaca yang lain.

Sekian. Terima kasih daun keladi.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Tahun Baru 2010…

Diam-diam tak sedar masa berlalu. Rasa baru beberapa bulan yang lalu menyambut tahun baru 2009, hari ni sudah melangkah ke tahun 2010.

Syukur Alhamdulillah, ada juga impianku yang telah terlaksana pada penghujung tahun 2009. Maha Suci Allah yang Maha Mendengar doa hambaNya. Antara azam 2009 ku yang dapat dicapai adalah… pertamanya… aku telah berpindah ke rumah baru pada tanggal 1 Muharram yang lalu. Rumah yang kubeli dengan titik peluhku sendiri. Tak perlu lagi tolong orang bayar hutang bank. Azamku dan suami untuk tahun 2010 ini, kami nak membeli sebuah dua lagi rumah untuk dijadikan aset. Semoga Allah permudahkan jalan untuk kami mencapai impian tersebut.

Kedua, konflik dengan colleague terlerai juga akhirnya. Kukira hanya dengan ucapan TAHNIAH yang aku hulurkan di atas kejayaannya di dalam **#$%@** telah berjaya melembutkan hatinya. Lega rasanya… barulah selesa nak bekerja dalam satu pasukan. Walaupun dia mungkin belum menyayangiku lagi (seperti dalam doaku sebelum ini) tapi aku rasa keadaan sekarang jauh lebih baik dari sebelum ini. Azamku untuk 2010… no more conflict..!!

Bila dapat tercapai apa yang dicita-citakan pada tahun 2009, barulah bersemangat untuk membina impian yang lain pula untuk tahun 2010. Cita-cita aku jauh lagi untuk dicapai, tapi pastinya aku sedang berusaha ke arah matlamat itu. Aku bercita-cita untuk menjadi Pensyarah Penyelidik sepenuh masa di kampus induk satu hari nanti. Aku memang minat mengajar, tapi rasanya aku tidak ingin mengulang rutin yang sama ini sehingga aku bersara wajib (selepas menjangkau usia 30 tahun tempoh perkhidmatan).

Maka, untuk mencapai matlamat itu pastinya aku wajib menggenggam PhD terlebih dahulu. Dan untuk membuat PhD, aku perlu kenalpasti minat dan kecenderungan aku dahulu untuk memilih bidang kepakaranku. Itu yang paling mustahak sedangkan aku belum ada jawapannya.

Penghujung 2009 yang lalu juga sedikit sebanyak telah memberikan bunga2 harapan padaku bila aku akhirnya berjaya menemui seorang rakan pensyarah baru yang mempunyai minat dalam bidang yang sama denganku. Semoga 2010 ini, aku diberi petunjuk dan hidayahNYa untuk menemui jawapannya.

Kepada sahabat2ku, aku doakan agar kalian semua beroleh Rahmat dan kebahagian di sepanjang tahun 2010 ini. Buat kakak, selamat menempuh alam rumahtangga pada 2010 ini dan semoga dipermudahkan pengajian PhD mu. Dan buat Elyze, semoga dipertemukan jodoh dengan lelaki novel dan dikurniakan business partner yang boleh membawa kekayaan kepadamu.

Buat pelajar2ku yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (tanpa sempat mengucapkan Selamat Jalan)… SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan. Kejayaan anda hari ini adalah berkat usaha gigih anda sepanjang 3 semester yang lalu. You deserve it. Fikir-fikirkan…

Semoga tahun 2010 ini akan menjadi lebih baik dari tahun 2009. Selamat Tahun Baru 2010 dan Salam Maal Hijrah 1431H.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA